"Renungan Bersama"

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Allah Maha Mengetahui

ketika aku meminta pd Allah setangkai bunga segar,Dia memberiku kaktus brduri..aku pun minta padaNya sejenis haiwan yg cantik,Dia memberiku seekor ulat brbulu..aku sedih & kecewa..namun kemudian,kaktus itu kulihat mula berbung,sgt indah..uat itu pula brubah menjadi kupu2 yg tramat cntik...itulah iradat danketentuan Allah..indah pd waktunye!..:))Allah tidak memberi apa yg kita harapkan tapi Dia memberi apa yg kita perlukan:)) kadang-kadang kita sedih,kecewa,terluka tapi jauh di atas segalanya,Dia sedang menciptakan yang terbaik untuk kita...

Sunday, February 24, 2013

HIDUP SEBELUM MATI

ALAHAMDULILLAH syukur pada ILAHI...
kita masih lagi diberi kesempatan hidup pada hr ini...
sesungguhnya kita tidak mengetahui bila ajal  kita...
adakah 10 tahun lagi.....
adakah  setahun lagi....
adakan  sebulan lagi...
adakah sehari lagi...
adakah satu jam lagi...
adakah satu minit lagi...
adakah satu saat lagi..

ALLAHUAKHBAR......
Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Syaddad Bin Aus Radhiyallahu 'anhu berkata: "kematian adalah kengerian yang paling dasyat di dunia dan akhirat bg org yg beriman .kematian lebih menyakitkan dr goresan gergaji, sayatan gunting, panasnya air mendidih di bejana. seandainya ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia tentang sakitnya kematian, nescaya penhuni dunia tidak akn nyaman dengan hidupnya dan  dalam tidurnya..

mati tidak mengenal usia, pangkat, darjat, kekyaan, kemiskinan, dan sebagainya...
bila sampai masanya, kita pasti akan di jemput oleh malaikat izrail menemui ALLAH...
jgnlah kita terlalu angkuh dan sombong dengan :
harta
pangkat
drjat
kekayaan 
kehebatan
kebijaksanaan
kemewahan
keselesaan
yg kita kecapi sekarang.....
semuanya adalah pinjaman dr ALLAH .......

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling bnyak mengingat mati dan baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah org2 yg cerdas"

entry yg di update hr ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri  dan sidang pembaca sekalian tentang  kematian yg pasti akn datang

Fikir-fikirkan lah...


Tuesday, February 19, 2013

PERINGATAN KEPADA SEORANG YG DIGELAR MAHASISWA / MAHASISWI


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.


3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’


Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat


Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.
5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu



Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.


6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.


7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama


Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.


by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD


Monday, February 18, 2013

CAMPING AND RESULT

                                                           

ASSALAMUALAIKUM.....pembuka bicara..

ALHAMDULILLAH hr ini aku diberi  kesempatan masa utk post entry br setelah lama blog aku ini dibiarkan berhabuk...sekarang aku masih lagi dalam semester break, sedangkan semua member2 aku dr university lain sudah pon memulakan pengajian mereka....korang semua dah taw kan aku student UITM?..
kalau dah taw tu bagus lah.....bg sape yg br taw pon bagus jugak....hehehe...>_<.
Org kata kalau cuti lama2 ni memboringkan..bg aku takde la boring sgt...cuti pon sebulan lebih je .....kalau cuti berbulan2 cam aku tunggu result spm n matrik dulu lain la..memang memboringkan...
haaa.....aku nak crita skit kisah camping aku kat cameron  selepas finall exam hr tu.....best dan penuh pengalaman br...first time aku camping kat tempat yg sejuk...sebelum ni aku ingat ke, sejak bertambahnya pembangunan kat cameron suhu kat sana semakin meningkat..tapi lain pulak yg berlaku di kem sungai pauh ni......turun je dr bas , udara sejuk menyelubungi aku....aku dah rasa terkantoi sebab tak bawak peralatan tahan sejuk kat sana...aku tk de la nak citer cam diary kat sini ..aku just nk crita benda yg best je....first skali..... kisah kena jalan disepanjang anak sungai dr padang kawat sampai ketapak perkhemahan....kalau udara kat sana sejuk.....airnya lagi la berganda sejuknya......tahan je lah time tuh........bila dah sampai kat atas....tgk2 ada lagi member2 yg ketinggalan kat belakang...nk jadi kisahnya kami kena denda....dendanya berendam dalam air sungai sejuk tu ...time tu pukul 8 mlm....perh sejuknya sampai ke tulang....second story kat sana..pagi2 cam biasa la senaman pagi, kawat skit, pastu joging disekitar cameron...apa yg bestnya kat sini kitorang joging disepanjang ladang strawbery......dengan udara pagi yg sejuk sngt sehingga bernafas pon keluar asap....wahhh...rasa cam dok oversea dah time tuh.....ok lah,  mlm time tido....memang tak lena sebab terlalu sejuk....aku dah pakai stokin, sweater lagi dan dibungkus plak dengan selimut yg tebal...sejuk jugak.....sabar je lah time tu......time mendaki gunung berembun pon best.....mcm2 yg berlaku sepanjang pendakian tuh....mls la nak citer nnt bertambah panjang plak entry ni...ahlhamdulillah setelah 3 hari maka tamat lah kami bercamping ...ohw satu ag,  cerita terbaru aku, last friday result sem 1 keluar...excited, takut, n macam2  bermain kat kepala ni...br sem 1 ,br nak blajr dengn keadaan  exam kat university....mlm tu aku ada chat nga sorang member aku ni...member dia kata akan ada keajaiban yg akn berlaku pada result dia ,tgk2 memang betul keajaiban belaku..then dia plak yg persan kat aku ..dia kata pasti ada keajaiban pada rsult aku.....alhamdulillah keajaban berlaku ...rezeki yg diberikan oleh Allah kepada aku..aku terharu giler time lepas tgk result aku....first tgk tu aku menjerit keriangan...semua warga rumah terkejut la....so ucapan tahniah menhujani aku dr family tersayang....walaupon tk tinggi sgt aku bngga dengan diri aku....alhmdulillah  DL sem 1....hopefully sem yg akn datang untill tamat pengajian kekalkan dengan DL...amin ya rabbal alamin.....tq sgt2  kepada member2 aku yg byk support n beri tunjukan kepada aku..thanks group study aku,byk  benda aku belajar dr presentation korang..>_<..memang ada ramai ag budak klas aku yg result power...tp tk pe la rezeki diorang...aku bgga sebab aku just budak kampung yg dr sekolah biasa meneruskan pengajian ke matrik n sekarang dekat UITM...aku mampu berdiri sama tinggi dgn budak asal dr bandar,sekolah hebat2, asasi lagi....walaupon aku berada diatas, aku tak lupa jugak kepada member2 yg berada dibawah..insyaallah aku akan bawa korang naik bersama aku....insyaallah kita layari kehidupan  engginering electrical bersama2 wahai sahabat2ku sekalian....rasanya dah panjang sgt.....aku  pon boring baca  panjang2 ni..ok lah ..tak tahu la bila plak berpeluang nk buat entry baru...akhir kata ASSALAMUALAIKUM...............

                                                             "UITM DI HATIKU"