Warna dunia tetap sama sahaja.Langit BIRU dan daun HIJAU.Tapi kan kawan kawan,kenapa hidup tidak bisa diwarnakan ? itu kerana Allah swt telah menciptakan SAHABAT untuk mewarnai hidup kita.Kita tak payah bersusah payah seorang diri unutk mewarnai diri kita sendiri kerana Sahabat telah diciptakan untuk bersama sama mewarnai kanvas kehidupan kita.*senyum.
Buat sahabat yang berada disampingku saat susah mahu pun senang,aku ingin ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat. ( cakap kuat kuat kasi semua orang dengar biar semua tahu yang aku sangat berterima kasih dekat kau.) Terima kasih kerana sahabat sentiasa memberikan dan membakar aku dengan ribuan kata yang penuh makna sampai buat kata kata tu tergiang ngiang dalam kepala otak aku hingga tak tak tidur malam.terima kasih juga kepada sahabat yang sering mengajarkan aku bagaimana kerasnya mempertahankan hidup.Betapa pentingnya diri ini.betapa pentingnya maruah diri.Jangan biar diri kita,maruah kita dipijak orang dan betapa pentingnya maruah diri kita sebagai kaum Hawa di muka bumi Allah ini.Terima kasih sahabat kerana sering mengigatkan aku bahawa harta bukanlah pedang utama dalam hadapi pergolakan masalah tapi hadapilah dengan mata terbuka.Terima kasih buat sahabat yang tak bosan dengar segala hitam putih hati aku ini.Aku tahu kadang kala aku ni nampak cengeng.Nampak tak matang dan senang jatuh tersungkur hadapi api yang marak dan tidak percaya pada kekuatan air yang bisa memadamkan api yang marak.Tapi,mulut dan hati sahabat tak pernah lekang dengan kata kata yang bisa membuatkan jiwa aku yang dulunya suram kini bercahaya bagaikan lampu lampu yang terpasang di lebuh raya.Sahabat,telah aku anggap sahabat sahabat aku sebahagian dari hidup aku.Hati kalian disakiti,sakit itu sama sama kita tanggung ya ?persahabatn kita tidak akan mati bukan ? ♥
No comments:
Post a Comment